Taman tema air untuk keluarga

Gundana

Saya naik kereta dari central kualalumpur menuju ipoh, sekitar 2 jam lebih, tiba di stesen, saya ganti taksi ke lost world tambun, tempat rekreasi ini cukup menakjubkan terdapat berbagai macam wahana air dan air panas yang dikelilingi oleh tebing gunung yang tinggi, selain itu juga ada wahana binatang namun biasa saja, selain itu wahana lain seperti taman rekreasi pada umumnya, namun yang sungguh menarik adalah suasana tebing pegunungan yang mengelilingi taman ini sangat TOP, hanya sayangnya saya kesukaran untuk mendapatkan kendaraan pulang menuju stesen ipoh, sukar taksi disana, 1 jam lebih menunggu juga tidak ada, akhirnya anak saya mengingatkan dari hotel saja toh kita bisa minta reception panggil taksi

 

Taman tema air berserta ‘Theme Park’ adalah menjadi kegemaran kita rakyat Malaysia kerana iklim yang panas.

Jika dikira kerana kesibukan masa untuk melancong ke luar negara, taman tema adalah alternatif utama bagi pelancong Malaysia melepaskan penat lelah dan menikmati masa berharga bersama keluarga atau rakan.

Percutian ke taman tema pasti menyeronokkan dengan bermacam aktiviti dan tarikan yang menanti.

Promo-Banner-Genting-2

Kanak-kanak adalah pengukur tahap kepuasan taman tema yang dikunjungi kerana mereklah yang palingin menikmati keseronokkan aktiviti.

Pin

  • 1 Taman Tema Sunway Lagoon
  • 2 Lost World of Tambun
  • 3 Taman Tema A’Famosa Melaka
  • 4 ESCAPE Penang
  • 5 Legoland Malaysia
  • 6 Taman Tema Berjaya Times Square
  • 7 Taman Tema Bukit Gambang
  • 8 i-City Theme Park
  • 9 Bukit Merah Laketown
  • 10 Genting Skyworlds

Mari kita lihat 10 taman tema air dan ‘Theme Park’ yang terbaik.

Taman Tema Sunway Lagoon

Jika ditanyakan kepada kanak-kanak, destinasi taman tema yang pilihan merekada dan paling menyeronokkan adalah Sunway Lagoon.

Taman Tema Sunway Lagoon begitu terkenal di Malaysia dengan adanya 90 tarikan untuk semua peringkat usia. Kedudukannya yang kira-kira 20km dari Kuala Lumpur menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ke sini.

Tambahan lagi anda bakal merasai pengalaman yang berbeza di 6 zon utamanya! Antaranya Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park, Scream Park dan Nickelodeon Lost Lagoon.

Tempoh masa sehari pasti tidak cukup untuk anda meneroka taman tema yang berkeluasan sekitar 88 ekar ini.

Lost World of Tambun

Tidak kurang hebatnya, Lost World of Tambun yang terletak di Ipoh ini turut mempunyai 88 tarikan, 10 taman dan 123 spesies haiwan untuk anda berhibur.

Anda juga boleh menikmati kesegaran kolam air panas semulajadi yang dikelilingi dengan kawasan hutan hujan tropika serta bukit batu kapur yang berusia lebih kurang 400 juta tahun.

Tarikan di sini terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu taman tema dan taman malam. Taman tema mempunyai Lost World Water Park, Lost World Amusement Park, Lost World Tin Valley, Lost World Tiger Valley, Lost World Petting Zoo dan Lost World Adventure Park.

Manakala taman malam menyediakan keseronokan seperti Lost World Hot Springs Night Park, Lost World Hot Springs Spa dan Luminous Forest.

Taman Tema A’Famosa Melaka

Anda pasti teruja untuk meluangkan waktu bersama-sama ahli keluarga di taman tema air yang terbesar di Malaysia ini. Bagi kanak-kanak mereka boleh bersuka-ria di bahagian Kids Adventure dan Arabian Village yang pasti menghiburkan mereka.

Untuk aktiviti secara berkumpulan anda boleh mencuba Family Raft, Wave Pool, Sandy Beach dan Lazy River.

Namun begitu, jangan lepaskan peluang untuk mencabar diri anda di zon cabaran yang mempunyai Big Ice Cream iaitu  ICE CREAM yang tertinggi, terpanjang dan terlebar di Asia Tenggara!

Seterusnya anda juga boleh merasai seakan-akan dilanda tsunami di Wahaha dan Hulala. Dah penat mandi-manda? Jom ke Safari Wonderland untuk melihat persembahan haiwan, menaiki Monkey Island Cruise dan banyak lagi aktiviti menarik bersama haiwan. Sebelum anda pulang bolehlah membeli-belah di Freeport A’Famosa Outlet.

ESCAPE Penang

ESCAPE Penang ini cukup terkenal sebagai pemegang Guinness World Records Longest Tube Water Slide iaitu 1,111m dan World’s Longest Zip Coaster sepanjang 1,135m.

Kehebatan taman tema ini tidak boleh disangkalkan lagi apabila ia turut mendapat anugerah sebagai Winner of Malaysia Tourism Award Best Attraction/Theme Park 2016/2017.

Aktiviti di sini terbahagi kepada tiga zon utama iaitu AdventurePlay, GravityPlay dan WaterPlay.

Keunikan taman tema ini kerana ia dapat memberi pengalaman yang cukup berharga buat kanak-kanak kerana mereka berpeluang untuk mencuba aktviti seperti memanjat pokok!

Di sini turut menyediakan pakej untuk beraktiviti secara berkumpulan atau team building serta berkhemah jika anda berminat.

Legoland Malaysia

Ingin merasai pengalaman seolah-olah berada di dalam dunia permainan?

LEGOLAND pasti akan memenuhi impian anda, bermula daripada 8 bahagian taman tema sehinggalah ke ruang tidur anda bakal merasai seperti hidup di alam fantasi.

Taman tema yang berkonsepkan lego ini mempunyai tarikan seperti NEW: Planet LEGOLAND, Driving School, Aquazone Wave Racers, LEGO NINJAGO The Ride, Dino Island, LEGO City Airport, LEGOLAND Express, Royal Joust, The Great LEGO Race, Technic Twister DUPLO Playtown, Dragon Apprentice dan banyak lagi seperti lokasi bersejarah yang dibina dalam skala kecil.

Taman Tema Berjaya Times Square

Berjaya Times Square Theme Park: Berdasarkan The Malaysian Book of Records, taman tema ini merupakan taman tema di dalam bangunan yang terbesar di Malaysia.

Taman tema yang sudah beroperasi sejak tahun 2003 ini mempunyai dua bahagian utama iaitu Galaxy Station untuk menaikkan adrenalin anda serta Fantasy Garden untuk kanak-kanak. Galaxy Station menawarkan tarikan seperti Supersonic Odyssey, Spinning Orbit, Ooorts’ Express, Dizzy Izzy, Cosmo Climb, Robo Crash, Beat Saber, Cosmic Games dan Arcade Games.

Untuk bahagian kanak-kanak di Fantasy Garden pula mempunyai tarikan Cosmo Theater, Ooort’s Super Run, Fantasy Trail, Molly-Cool’s Swing, Honey Bump, Flying Bumble Bee, Crazy Bus dan banyak lagi.

Tarikan terbaru di sini adalah permainan yang menggunakan Virtual Reality seperti menembak, memandu jet serta memasuki ruangan seram!

Taman Tema Bukit Gambang

Bukit Gambang merupakan taman hiburan yang begitu popular dalam kalangan warga Pantai Timur.

Di sini anda boleh menikmati keseronokan mandi-manda dengan 8 jenis ombak yang berbeza! Jangan lupa ajak ahli keluarga atau rakan-rakan untuk menaiki Family Raft Ride atau berlumba di 6 Lane Racer yang pasti mendebarkan.

Seperti taman air yang lain, zon untuk kanak-kanak pasti tidak kurang menariknya iaitu Aqua Play Zone dan Penguin Island.

Inginkan suasana yang lebih relaks? Jom berhibur di Coco Beach yang mempunyai sebuah kolam yang cukup luas. Selain itu anda boleh ke Active Academy Park untuk aktiviti lasak seperti memanah, paintball, flying fox dan banyak lagi.

Menariknya tentang Bukit Gambang kerana ia mempunyai taman safari yang terbesar di Malaysia! Jadi anda boleh ke zon berjalan kaki dan menaiki tram untuk melihat haiwan di sini.

i-City Theme Park

Di awal pembukaannya sehingga kini ia cukup terkenal dan berjaya meraih pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke sini.

Tambahan lagi ia pernah disenaraikan oleh CNN Travel sebagai antara destinasi yang cerah dan warna-warni di dunia!

Taman tema yang begitu meriah pada waktu malam ini turut mempunyai tarikan taman air iaitu WaterWorld, The SnoWalk, Red Carpet Wax Museum, Trick Art Museum, House of Horror, 2-Tier Carousel, Time Travel dan banyak lagi aktiviti menarik yang menanti anda.

Jangan lepaskan peluang untuk menaiki Ferris Wheel bagi menyaksikan keindahan panorama City of Digital Lights ini dari udara!

Bukit Merah Laketown

Bukit Merah Laketown ini pula menyediakan 4 bahagian utama untuk anda bergembira iaitu Laketown Waterpark, Laketown Ecopark, Laketown Adventure Park dan Laketown Recreation Park.

Ia merupakan antara taman tema air yang terbesar di bahagian Utara Malaysia yang menyediakan 14 tarikan di Laketown Waterpark.

Antaranya Boomerang, Crazee Cone, Jumbo Shower dan sebagainya. Laketown Ecopark pula memberi peluang kepada pengunjung untuk bermesra dengan haiwan melalui aktiviti Nature Trail, Tropical Trek dan Pets Park. Laketown Adventure Park menyediakan pelbagai rintangan untuk anda tempuhi seperti Zipmania, Jacob’s Ladder, Burma Bridge dan banyak lagi.

Tarikan terakhir iaitu Laketown Recreation Park sesuai untuk aktiviti berkumpulan seperti kayak, memancing serta nature cruise.

Genting Skyworlds

Taman Tema Genting Skyworlds tidak asing lagi dengan kehebatan yang mempunyai 26 permainan dan tarikan yang mengujakan dan mendebarkan setiap pengunjung.

Ia mempunyai 9 zon utama iaitu Studio Plaza, Eagle Mountain, Central Park, Rio, Andromeda Base, Liberty Lane, Epic, Robots Rivet Town dan Ice Age.

Di sini turut terdapat taman tema di dalam bangunan yang dikenali Skytropolis Indoor Theme Park yang terbahagi kepada tiga zon seperti Family Rides, Adventure Rides dan Thrill Rides yang bakal menduga tahap adrenalin anda!

Sehari pasti tidak cukup untuk meneroka isi taman tema ini, jadi anda boleh menginap di beberapa buah hotel yang terletak berdekatannya.

Jadi, apakah pilihan taman air dan theme park yang paling menyeronokkan bagi anda? Jika anda ada cadangan lagi sila komen dibawah.

Bersambung….

 

BACA JUGA:   Taman dalam rumah dekat ruang keluarga

Also Read

Bagikan: